hari ni aku nak ceritakan tentang projek yang aku kene buat..ini dikira terpaksa jugak la hehhe (gurau ja) kita nak buat sesuatu perkara hendaklah dengan seikhlas hati.. barulah Allah merberkati kan..sebab dalam kos It setiap pelajar kene buat satu projek sebelum menggengam segulung Diploma.. kami dibahagikan kepada 4 projek iaitu yang pertama Projek sistem, Multimedia Kreatif, Multimedia Interaktif, dan Mobile Apps..
Aku memilih untuk membuat multimedia kreatif iaitu terbahagi kepada 2 Animasi n Dokumentari..tetapi tumpuan ak lebih terarah kepada Dokumentari sebab bagi aku Dokumentari lebih senang berbanding Animasi yang memerlukan kemahiran melukis tetapi aku tak der kemahiran tersebut..huhu..mungkin kemhiran aku lebih kepada bidang lain, Allah jadikan setiap manusia dengan mempunyai kemahiran masing2 kan.. Setelah beberapa minggu aku fikir punya fikir punya fikir, tiba-tiba kawan aku ada mencadangkan satu idea yang agak-agak bernas iaitu membuat Dokumentari berkenaan sejarah Kellie's Castle ..bagi aku ini merupakan satu cadangan yang agak bernas, dan bila difikirkan kenapa la aku tak pikir awal2 sebelum ni..sebelum nih ak duk terpikir nak buat pembuatan keris,wau, kompang jer,,ak tak terfikir nak buat berkenaan sejarah ini,,,
Hasil kajian yang aku da buat ...aku dapati ramai masyarakat tahu mengenai Kellie's Castle nih tapi depa tak taw mengenai sejarah yang terkandung dalam istana tersebut,, Dengan itu aku dah dapat satu idea untuk membuat dokumentari yang memberi pendedahan kepada masyarakat kita.. dan di samping itu dapat memberi peluang pelancongan dalam negeri Perak.. Masa untuk membuat Proposal ini hanya tinggal 2 minggu ja lagi..so ak kene Hard,Hard, n Hard untuk menghabiskan proposal ini..Semoga Allah Permudahkan urusan aku..Dan memberi kekuatan kepada aku untuk menyiapkan Projek ni..
.
Di bawah nih aku meng'copy' dan meng'paste' tentang apa itu Kellie's Castle.. harap sudi baca yer..
Sejarah
Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.
William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company.
Di zaman kegemilanganny a, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.
Apabila Perang Dunia Pertama tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak dari Eropah ke Asia, sampai Tanah Melayu dan juga Ladang Kellas. Ramai pekerja ladang dijangkiti wabak itu meninggal dunia. Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak tersebut. Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu. Beliau mengarahkan semua tukang yang sedang membina Kellas House supaya membina sebuah kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya. Di bumbung kuil itu terdapat sebaris patung dewa Hindu dan di tengah-tengah barisan tersebut terdapat sebuah patung yang memakai pakaian pengurus ladang bangsa Eropah dengan topi putih. Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas hingga ke hari ini.
Walau bagaimanapun bangunan Kellas House tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun. Sungguhpun Kellas House atau Kellie's Castle itu hanya seperti bangunan dalam keadaan 'sedang dibina', namun keunikannya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Batu Gajah kini.Istana ini dibuka kepada kunjungan awam dari jam 8.30 pagi - 7.00 petang (setiap hari).
Sebelum ak akhiri tulis blog nih dengan panjang lebar, ak nak ucapkan terima kasih kepada orang yang buat blog nih untuk aku.. siapakah dia? adakah dia cinta hati aku?..adakah dia kekasih hati aku?..adakah dia sahabat aku?..adakah dia kawanku?..jawapannya semua ada pada yang aku tulis itu,,dia adalah orang yang sentiasa ada di hati ak iaitu orang yang paling aku sayang..dia segala-galanya bagi aku..dan dialah juga nyawa aku..thanx Awak sebab buat blog ini untuk saya dan memberi tunjuk ajar kepada saya :) ..Maafkan saya kalau saya lambat update blog nih.. Insya Allah kalau ada masa lagi saya akan Update lagi..
No comments:
Post a Comment