Monday, 1 July 2013

THE END



Tanggal Jumaat 21.6.2013

Hari Demi Hari..
Minggu Demi Minggu...
Bulan Demi Bulan...
Akhirnya Tamat Jugak Sesi Pem'Praktikal'an Di Wong Computer Shop.. hehehe,,

Di Bawah Ini Merupakan Antara Tugasan-tugasan Yang Aku Lakukan Sepanjang 2 Bulan Setengah



a) Scan Hard Disk Menggunakan HDD Regenerator


b) Servis Laptop Aku , Buang  Habuk Yang Terdapat Pada Kipas dan Pengeluar Haba 8)








c) Pasang Panel CPU (HDD LED,POWER LED, POWER SWITCH, RESET SWITCH)
*fakta* Bukan Tangan AKu...heheh...



d) Letakkan Thermal Paste Pada Processor Dan Graphic Card



e) Letakkan RAM 2GB DDR3 Notebook


Budak Nih Aku Tak taw Apa Benda Dia Buat.. Kononya Nak Tangkap Gambo Jer ..


Yang Nih Menyibuk Jer Spray2 Menatang Motherboard Tuh.. Motif Nak Ambil Gamba JA..heheh..


Yang Nih Pon Satu Lagi.. Gaya Ja Lebih.. Lepas Tangkap Gamba Wat Benda Len Plak..heheh..



f) Setting GOOGLE CHROME


g) Memasang Kabel LAN NEtwork (muke sungguh2 baq hang sebab time tuh Penyelia Datang..harhar..)


Ha Nampak TUh..Benda da pasang da cuma tunjuk gaya ja..hahah..


Comel Tak KAK TON??? HAHAHA (muntah Hijau Bak Kata Si DIA...hihi..)


h) Tgah Kripping RJ45 ke kabel CAT5


AKU : Boleh Ker masuk Menatang nih.. mcam Tak boleh Ja..
MAT : Sumbat JA.. Orang Tgah Tangkap Gambaq Tuh...hahah...


Ha BERJAYA.. YAHOOOOOO... HIHIHI... AGAK KEGEDIKANZS DIS SITUS.. HEEE :)


Aku Tak Taw Dia Buat Apa.. Gaya JA Lebih Mamat Jambu nih.. (Jambu Ka Baq Hang)



i) Install MSN dan Windows Live Movie Maker


j) RAM (Random Access Memory) DDR2 PC Desktop


k) Recovery Windows 7 Original 


j) Tukar LCD LAptop (bukan Aku YAng BUat..Tgok Tangan Tuh..Besar kan..heheh)




....SELESAI....


Dan Ini Pula Brother2 DAHSYAT dan HEBAT Yang Mengajar Aku Sepanjang Berada Di Wong Computer Shop :)


                                                                   
 SAiful @ Epol

                                                             
Wong Junior @ Lin Chai

                                                 
  Izzat Syahmi @ Ahmad Pascall @ Doli


   Fsy Faiz @ Brother Banyak Scandal..harhar..



Aizuddin Syafik @ Bulat

Terima Kasih Bro Kerana Sudi Mengajar Kitorang..
Dan Terima Kasih Juga Sebab Korang Sanggup Layan Kerenah Kitorang..
Ingat La... lalalalalalalalalallalalala Ingat WoNg ... heheh..

 Semoga Allah Akan Membalas Jasa Korang... Aminn.. :)

Sekian... Assalamualaikum...  


Tuesday, 16 April 2013

Praktikal Oh Praktikal


Hari Pertama Praktikal

Assalamualaikum ….

Tanggal 15.4.2013 merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki dalam dunia praktikal. Ini bermaksud pengalaman pertama aku dalam bekerja secara latihan di kedai komputer. Sebelum ini aku tak der pengalaman bekerja segala bagai ni ha. Aku pernah bekerja kat kedai makan RnR Sungai Perak jer selama 2 bulan jer selebihnya aku kerja ngan opah aku..tolong buat laksa.. walaupun gaji tak seberapa tapi syukur la sebab dapat peluang untuk berdikari sendiri sambil tuh bole beli barang keperluan aku sendiri lagipon aku lelaki so kene belajar macam mana susah payah nak cari duit sendiri.. lagipon parents aku da banyak berkorban untuk aku kan so tak salah kalau aku nak merasa sendiri cara hidup berdikari sebab suatu hari nanti aku pon akan merasa hidup berkeluarga. So tugas lelaki adalah pemimpin untuk keluarga kelak. .. alamak sudah lari tajuk la pulak… huihui…

Jam 6.30 pagi – aku bangun dari tidur untuk menunaikan solat subuh dan ntah mengapa pada pagi tuh aku senang untuk bangun mungkin semangat ber’praktikal’ gamaknyer..hahah.. Bm agak keterlaluan di situ.. niat hati aku nak kejut orang yang jauh di mata dekat di hati tapi disebabkan kekreditan suda luputan maka tertangguh la niat tuh…maafkan sy yer awak… xper.. esok kalau saya bangun awal lagi sy kejut awak yer J ..

Jam 8.45 pagi – bergerak ke destinasi praktikal iaitu di kedai Wong Computer Shop, Kuala Kangsar. Kami bertiga iaitu aku, hazwan maembong dan humaidi senrose bergerak dengan menaiki kerete Proton Iswara bodykit mirage berwarna putih keputihan.. bukan putih-putih melati merah-merah delima ya…hoho,.. pada jam 9 kami tiba di destinasi tapi malangnyer kedai masih belum membuka atau OPEN..seterusnya kami bergerak ker kedai roti canai bawah pokok yang agak famous di chandan.. setelah mengisi perut masing kami bergerak kembali ker kedai pada jam 9.45 tapi malangnya masih belum dibukakan.. kami tunggu  sampai 10.15 akhirnya sampai jua majikan kami.. semasa kedai sudah dibuka.. kakak berbangsa india yang bekerja di situ mengarahkan kepada kami supaya 2 orang pergi ke kedai baru manakala sorang lagi ke kedai lama@servis tapi ntah mengapa masing2 tak nak mengalah akhirnya ktiga-tiga kami bergerak ke kedai baru…hahaha sungguh kelakar…perkara pertama yang kami perlu lakukan adalah mengemaskan stor di belakang iaitu mengangkat kotak untuk diletakkan di luar kedai.. keadaan di stor itu tak perlu diperkatakan lagi.. agak kotor jugak..kami bergotong-royong untuk membersihkannya..lagipon kedai itu masih baru so agak tidak dikemaskan juga la..aku beberapa kali bersin dan hidung aku juga menjadi agak gatal disebabkan aku sangat alah dengan habuk.. hampir beberapa kali juga la ak henti wat keje tapi aku troskan juga demi menjalankan amanah yang majikan suh lakukan.. setelah selesai kami membersihkannya , kami mengangkat stok printer ke stor tersebut.. boleh tahan juga la banyaknya …penat, letih n tired juga la bak hang tapi ak  troskan jugak.. gpon bos aku tuh pon turut serta mengangkatnyer.. setelah selesai smuanya kami membersihkan pula bilik tempat simpan barang tadi untuk buat bilik servis printer dan laptop.. sekali lagi aku membersin beberapa kali tapi aku troskan jugak..serius cakap dekat citu memng banyak sangat habuk sampai bilik tuh jadi macam kabur sebabkan terlalu banyak sangat habuk. Tapi nak tak nak aku buat jugak keje.. setelah selesai semuanya kami mengangkat stok laptop ke dalam bilik tersebut dan mengangkat meja ke dalam bilik tersebut.. serius agak penat jugak la pada hari pertama tuh tapi adat bekerja la..mana ada kerja tak penat kan.. pada jam 7 kami dipanggil oleh mr wong sebab dia nak ajar cara-cara nak pasang graphic card kat system unit.. aku pon mencuba ..mule2 tuh agak kekok ckit la tapi bile  diberi step2 untuk memasangnyer.. aku dapat  tangkap jugak akhirnya.. heheh.. pada jam 7.30 kami pulang ke teratak kami…heheh… agak kepenatan jugak tapi enjoy.. dapat belajar sesuatu yang baru :)



Gambar di atas nih meenunjukkan bertapa enjoynya kami walaupun mengharungi debu habuk yang agak tebal.. heheh... gambar ku tak ader sebab time nih law tangkap cnform nmpak serabai sbb time nih hidung agak kemerahan disebabkan serangan bersin..heheh...


ini gambar saya..heheh ... sory saya tak hensem...saya tak comel seperti orang lain tapi saya cuma manis ja...heheh..   MANIS TAK SAYA (cakap ikut dialog COMEL TAK KAK TON) heheh :)...

sekian...

Insya Allah akan diupdatekan lagi selepas ini....

Saturday, 30 March 2013

Berubah Ke Arah Kebaikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 


Dalam kehidupan ini kita memang perlu sentiasa memberikan peringatan kepada orang lain untuk berubah daripada keburukan kepada kebaikan. Itu sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk  saling nasihat menasihati kepada saudara kita yang lain. Kalau masing-masing bersikap pentingkan diri sendiri tidak mahu mengambil tahu hal orang lain maka akan rugilah bagi orang yang melakukan sedemikian.

Kita perlu sentiasa mengubah diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tidak susah untuk melakukan berubah jika ia dilakukan dengan cara yang betul. Memang semua orang tidak sempurna tapi sekurang-kurang kita perlu berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik kan?

Pertama, mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda  menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri.
Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda. Ini kerana mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain untuk berubah sedangkan diri anda sendiri masih  berada  pada takuk yang lama. Nanti orang akan cakap yang anda ni seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai.

Kedua, mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan dahulu.
Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata saja. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri anda.

Ketiga, lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi.
Ini kerana semakin lama anda bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya. Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ianya terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.

Keempat, berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh.
Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah. Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri anda.

Kelima, apabila anda telah berjaya melakukan perubahan dalam diri anda maka anda perlu mengulangi perubahan tersebut sehingga ia akan menjadi sebati dengan diri anda.
Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu sahaja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika sahaja dan selepas itu anda akan kembali kepada takuk yang lama. Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang telah anda lakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya.

Kesimpulan, anda perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia adalah sangat dituntut dalam islam. Tapi jangan pula anda berubah kerana disebabkan oleh orang lain.  Anda perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri anda sendiri juga. Selepas itu bolehlah anda mengajak orang lain pula untuk berubah seperti anda. Jika ia dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insyaallah orang lain akan dapat berubah seperti yang anda harapkan. Anda juga akan mendapat ganjaran pahala jika anda berjaya mengajak orang lain berubah ke arah yang lebih baik.




Bersama-samalah memotivasikan diri kita untuk  berubah ke arah yang lebih baik agar kesilapan dan kesalahan lalu dapat ditinggalkan.. Berubahlah Kerana Allah.. Allah Sentiasa Bersama kita..

Wednesday, 6 March 2013

Projek oh Projek

Assalamualaikum...

hari ni aku nak ceritakan tentang projek yang aku kene buat..ini dikira terpaksa jugak la hehhe (gurau ja) kita nak buat sesuatu perkara hendaklah dengan seikhlas hati.. barulah Allah merberkati kan..sebab dalam kos It setiap pelajar kene buat satu projek sebelum menggengam segulung Diploma.. kami dibahagikan kepada 4 projek iaitu yang pertama Projek sistem, Multimedia Kreatif, Multimedia Interaktif, dan Mobile Apps..

Aku memilih untuk membuat multimedia kreatif iaitu terbahagi kepada 2 Animasi n Dokumentari..tetapi tumpuan ak lebih terarah kepada Dokumentari sebab bagi aku Dokumentari lebih senang berbanding Animasi yang memerlukan kemahiran melukis tetapi aku tak der kemahiran tersebut..huhu..mungkin kemhiran aku lebih kepada bidang lain, Allah jadikan setiap manusia dengan mempunyai kemahiran masing2 kan.. Setelah beberapa minggu aku fikir punya fikir punya fikir, tiba-tiba kawan aku ada mencadangkan satu idea yang agak-agak bernas iaitu membuat Dokumentari berkenaan sejarah Kellie's Castle ..bagi aku ini merupakan satu cadangan yang agak bernas, dan bila difikirkan kenapa la aku tak pikir awal2 sebelum ni..sebelum nih ak duk terpikir nak buat pembuatan keris,wau, kompang jer,,ak tak terfikir nak buat berkenaan sejarah ini,,,

Hasil kajian yang aku da buat ...aku dapati ramai masyarakat tahu mengenai Kellie's Castle nih tapi depa tak taw mengenai sejarah yang terkandung dalam istana tersebut,, Dengan itu aku dah dapat satu idea untuk membuat dokumentari yang memberi pendedahan kepada masyarakat kita.. dan di samping itu dapat memberi peluang pelancongan dalam negeri Perak.. Masa untuk membuat Proposal ini hanya tinggal 2 minggu ja lagi..so ak kene Hard,Hard, n Hard untuk menghabiskan proposal ini..Semoga Allah Permudahkan urusan aku..Dan memberi kekuatan kepada aku untuk menyiapkan Projek ni..
.
Di bawah nih aku meng'copy' dan meng'paste' tentang apa itu Kellie's Castle.. harap sudi baca yer..


Sejarah 
Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker. 
William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company. 
Di zaman kegemilanganny a, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya. 
Apabila Perang Dunia Pertama tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak dari Eropah ke Asia, sampai Tanah Melayu dan juga Ladang Kellas. Ramai pekerja ladang dijangkiti wabak itu meninggal dunia. Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak tersebut. Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu. Beliau mengarahkan semua tukang yang sedang membina Kellas House supaya membina sebuah kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya. Di bumbung kuil itu terdapat sebaris patung dewa Hindu dan di tengah-tengah barisan tersebut terdapat sebuah patung yang memakai pakaian pengurus ladang bangsa Eropah dengan topi putih. Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas hingga ke hari ini. 
Walau bagaimanapun bangunan Kellas House tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun. Sungguhpun Kellas House atau Kellie's Castle itu hanya seperti bangunan dalam keadaan 'sedang dibina', namun keunikannya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Batu Gajah kini.Istana ini dibuka kepada kunjungan awam dari jam 8.30 pagi - 7.00 petang (setiap hari). 





 
 
 



Sebelum ak akhiri tulis blog nih dengan panjang lebar, ak nak ucapkan terima kasih kepada orang yang buat blog nih untuk aku.. siapakah dia? adakah dia cinta hati aku?..adakah dia kekasih hati aku?..adakah dia sahabat aku?..adakah dia kawanku?..jawapannya semua ada pada yang aku tulis itu,,dia adalah orang yang sentiasa ada di hati ak iaitu orang yang paling aku sayang..dia segala-galanya bagi aku..dan dialah juga nyawa aku..thanx Awak sebab buat blog ini untuk saya dan memberi tunjuk ajar kepada saya :) ..Maafkan saya kalau saya lambat update blog nih.. Insya Allah kalau ada masa lagi saya akan Update lagi..








Friday, 22 February 2013

orang baru :)

Assalamualaikum .., dan hai semua :)
 aku orang baru di dunia blogger .., maaf kalau post ni agak membosankan .. sekadar perkenalan saja

me - muhammad syazwan




harap blog ni memuaskan hati semua orang 




wasalam ~~