Tuesday, 16 April 2013

Praktikal Oh Praktikal


Hari Pertama Praktikal

Assalamualaikum ….

Tanggal 15.4.2013 merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki dalam dunia praktikal. Ini bermaksud pengalaman pertama aku dalam bekerja secara latihan di kedai komputer. Sebelum ini aku tak der pengalaman bekerja segala bagai ni ha. Aku pernah bekerja kat kedai makan RnR Sungai Perak jer selama 2 bulan jer selebihnya aku kerja ngan opah aku..tolong buat laksa.. walaupun gaji tak seberapa tapi syukur la sebab dapat peluang untuk berdikari sendiri sambil tuh bole beli barang keperluan aku sendiri lagipon aku lelaki so kene belajar macam mana susah payah nak cari duit sendiri.. lagipon parents aku da banyak berkorban untuk aku kan so tak salah kalau aku nak merasa sendiri cara hidup berdikari sebab suatu hari nanti aku pon akan merasa hidup berkeluarga. So tugas lelaki adalah pemimpin untuk keluarga kelak. .. alamak sudah lari tajuk la pulak… huihui…

Jam 6.30 pagi – aku bangun dari tidur untuk menunaikan solat subuh dan ntah mengapa pada pagi tuh aku senang untuk bangun mungkin semangat ber’praktikal’ gamaknyer..hahah.. Bm agak keterlaluan di situ.. niat hati aku nak kejut orang yang jauh di mata dekat di hati tapi disebabkan kekreditan suda luputan maka tertangguh la niat tuh…maafkan sy yer awak… xper.. esok kalau saya bangun awal lagi sy kejut awak yer J ..

Jam 8.45 pagi – bergerak ke destinasi praktikal iaitu di kedai Wong Computer Shop, Kuala Kangsar. Kami bertiga iaitu aku, hazwan maembong dan humaidi senrose bergerak dengan menaiki kerete Proton Iswara bodykit mirage berwarna putih keputihan.. bukan putih-putih melati merah-merah delima ya…hoho,.. pada jam 9 kami tiba di destinasi tapi malangnyer kedai masih belum membuka atau OPEN..seterusnya kami bergerak ker kedai roti canai bawah pokok yang agak famous di chandan.. setelah mengisi perut masing kami bergerak kembali ker kedai pada jam 9.45 tapi malangnya masih belum dibukakan.. kami tunggu  sampai 10.15 akhirnya sampai jua majikan kami.. semasa kedai sudah dibuka.. kakak berbangsa india yang bekerja di situ mengarahkan kepada kami supaya 2 orang pergi ke kedai baru manakala sorang lagi ke kedai lama@servis tapi ntah mengapa masing2 tak nak mengalah akhirnya ktiga-tiga kami bergerak ke kedai baru…hahaha sungguh kelakar…perkara pertama yang kami perlu lakukan adalah mengemaskan stor di belakang iaitu mengangkat kotak untuk diletakkan di luar kedai.. keadaan di stor itu tak perlu diperkatakan lagi.. agak kotor jugak..kami bergotong-royong untuk membersihkannya..lagipon kedai itu masih baru so agak tidak dikemaskan juga la..aku beberapa kali bersin dan hidung aku juga menjadi agak gatal disebabkan aku sangat alah dengan habuk.. hampir beberapa kali juga la ak henti wat keje tapi aku troskan juga demi menjalankan amanah yang majikan suh lakukan.. setelah selesai kami membersihkannya , kami mengangkat stok printer ke stor tersebut.. boleh tahan juga la banyaknya …penat, letih n tired juga la bak hang tapi ak  troskan jugak.. gpon bos aku tuh pon turut serta mengangkatnyer.. setelah selesai smuanya kami membersihkan pula bilik tempat simpan barang tadi untuk buat bilik servis printer dan laptop.. sekali lagi aku membersin beberapa kali tapi aku troskan jugak..serius cakap dekat citu memng banyak sangat habuk sampai bilik tuh jadi macam kabur sebabkan terlalu banyak sangat habuk. Tapi nak tak nak aku buat jugak keje.. setelah selesai semuanya kami mengangkat stok laptop ke dalam bilik tersebut dan mengangkat meja ke dalam bilik tersebut.. serius agak penat jugak la pada hari pertama tuh tapi adat bekerja la..mana ada kerja tak penat kan.. pada jam 7 kami dipanggil oleh mr wong sebab dia nak ajar cara-cara nak pasang graphic card kat system unit.. aku pon mencuba ..mule2 tuh agak kekok ckit la tapi bile  diberi step2 untuk memasangnyer.. aku dapat  tangkap jugak akhirnya.. heheh.. pada jam 7.30 kami pulang ke teratak kami…heheh… agak kepenatan jugak tapi enjoy.. dapat belajar sesuatu yang baru :)



Gambar di atas nih meenunjukkan bertapa enjoynya kami walaupun mengharungi debu habuk yang agak tebal.. heheh... gambar ku tak ader sebab time nih law tangkap cnform nmpak serabai sbb time nih hidung agak kemerahan disebabkan serangan bersin..heheh...


ini gambar saya..heheh ... sory saya tak hensem...saya tak comel seperti orang lain tapi saya cuma manis ja...heheh..   MANIS TAK SAYA (cakap ikut dialog COMEL TAK KAK TON) heheh :)...

sekian...

Insya Allah akan diupdatekan lagi selepas ini....